Friday 14 October 2011

BAHASA MALAYSIA SIMPULAN BAHASA

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'A'
1. Abang Angkat
Maksud: Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya.
Contoh Ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah.

2. Abang Ipar
Maksud: Suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami.
Contoh Ayat: Hafiz ialah abang ipar Umar.

3. Abang Kandung
Maksud: Abang yang seibu sebapa.
Contoh Ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia.

4. Abu Angin
Maksud: Telah musnah sama sekali.
ContohAyat: Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu angin kerana diserang oleh tentera Tatar.

5. Abu Jahal
Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.
Contoh Ayat: Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan.

6. Abu Lahab
Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.
Refleksi.
Murid-murid dapat memahami maksud simpulan bahasa yang dapat membaca contoh ayat yang berkaitan dengan simpulan bahasa tersebut.Murid-murid boleh mencari simpulan bahasa yang lain dariapada sumber buku dan internet.Simpulan bahasa adalah kandunngan tatabahasa yang perlu didedahkan kepada murid-murid.Sememangnya agak sukar untuk murid-murid memahami maksud simpulan bahasa tetapi masalah ini dapat diselesaikan dengan banyak membaca dan membuat rujukan.Guru juga boleh menggunakan simpulan bahasa yang sesuai dengan situasi pengajaran di bilik darjah.

No comments:

Post a Comment