Saturday 26 November 2011

Set Induksi pengajaran Bahasa Melayu Tajuk Kesenian

Refleksi.
Murid-murid seronok mendengar lagu ini dan mereka menyanyi dengan baik.Lagu ini adalah salah satu lagu seni tradisional rakyat Sarawak.Seni kata lagu ini menceritakan lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang yang masih meninggalkan kesan sejarah gunung Santubong dan Pulau Kera.Bahan ini juga dapat menerapkan nilai-nilai kesenian dalam diri pelajar dan dapat membentuk insan yang menghargai kesenian bangsa Malaysia. 

Friday 25 November 2011

MINGGU TEMA TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN

1 & 2

SAINS HAYAT
1.0 BENDA HIDUP DAN BENDA BUKAN HIDUP

1.1 Memahami ciri benda hidup dan benda bukan hidup.

1.1.1 Mengenalpasti benda hidup dan benda bukan hidup.
1.1.2 Mengenalpasti ciri-ciri benda hidup iaitu perlukan air dan makanan, bernafas, bergerak, membesar dan membiak.
1.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan dan lisan.


Refleksi.
Murid-murid dapat menamakan lima benda hidup dan lima benda bukan hidup.Murid seronok apabila dapat memerhati benda hidup dan benda bukan hidup di sekeliling sekolah mereka.Murid-murid juga dapat menjelaskan pemerhatian tentang benda hidup melalui lakaran dan seronok melakukan aktiviti tersebut.