Monday 12 December 2011

MATA PELAJARAN SAINS TAHUN 2


Tahun : 2                                                                                Masa : 60 minit (2 waktu)

Bidang: Sains Hayat

Tajuk: Haiwan

Standard Kandungan:
Murid dibimbing untuk : 2.1  Memahami haiwan mempunyai keperluan asas untuk hidup.

Standard Pembelajaran:
2.1.3    Memberi contoh haiwan dan makanan yang dimakan.
2.1.4    Mengelaskan haiwan mengikut makanan yang dimakan iaitu makan tumbuhan sahaja, makan  
            haiwan sahaja, atau makan tumbuhan dan haiwan. 
                                   
Objektif Pembelajaran :
(i)             Menamakan haiwan dengan makanan yang dimakannya  secara lisan.
(ii)            Mengelaskan haiwan mengikut jenis makanannya.

EMK :  Kreativiti dan Inovasi, TMK
Bahan bantu Mengajar : 
Kad gambar, kad perkataan, slaid bergambar, kad tugasan, marker pen, gam, computer/laptop, LCD.

Penilaian P&P :  melengkapkan lembaran kerja dengan menyatakan apa yang telah dipelajari.





Perincian Aktiviti :

Aktiviti 1 : Fasa Orientasi Idea (PSA murid)
KPS : Memerhati, Berkomunikasi

1)     Guru mengarahkan murid untuk memerhatikan gambar-gambar haiwan yang ditunjukkan.
 (msWord)

2)     Bersoaljawab dengan murid  tentang gambar-gambar haiwan tersebut.

(i)            Nyatakan apa yang kamu perhatikan pada ketiga-tiga  haiwan ini.

(ii)            Apakah yang sedang dilakukan oleh haiwan-haiwan yang anda lihat ?

(iii)          Apakah yang mereka sedang makan?

(iv)         Namakan makanan yang mereka makan itu.

3)    Menguji pengetahuan murid tentang criteria yang mereka gunakan untuk membezakan haiwan-haiwan yang ditunjukkan.

(i)             Apakah perbezaan utama antara ketiga-tiga gambar haiwan tersebut




Aktiviti 2 :  Imaginasi (Meneroka/Penstrukturan Idea)
KPS :  Memerhati, berkomunikasi.
Nilai Murni :  Jujur, sifat ingin tahu.

4)     Guru mencungkil pengetahuan murid tentang haiwan dan jenis makanannya  secara lisan.
5)     Guru sebut nama haiwan tertentu, murid nyatakan jenis makanan yang dimakannya.
(i)            Kambing  makan ………..
(ii)           Ikan makan …………….
(iii)          Kucing makan .................
(iv)         Anjing makan .............

6)     Murid bersama murid lain sebut beberapa nama haiwan dan nyatakan jenis makanannya.

Aktiviti 3 : Perkembangan (Penjelasan lanjut / Aplikasi Idea)
KPS  :   Memerhati, mengelas, membuat inferens, membanding beza, dan berkomunikasi
Nilai Murni / Sikap ;  bekerjasama, berhati-hati, jujur dalam merekod data.


7)       Guru minta murid mengelaskan haiwan mengikut jenis makanannya ikut kreativiti masing-masing.
8)       Guru edarkan 1 set gambar haiwan , dan kesemua bahan yang diperlukan untuk aktiviti tugasan kumpulan.
9)       Beri arahan kepada murid tentang aktiviti yang akan mereka lakukan.
10)     Murid melakukan aktiviti hands-on masing-masing dengan kreativiti masing-masing. (mengelaskan haiwan ikut jenis makanannya dengan bimbingan guru jika diperlukan)
11)      Guru menyoal murid dalam setiap kumpulan cara mereka mengelaskan haiwan-haiwan tersebut.
(i)         Bagaimanakah kamu mengelaskan haiwan-haiwan tersebut?
(ii)        Adakah betul apa yang kumpulan kamu buat?
(iii)       Adakah semua haiwan sudah kamu kelaskan mengikut jenis makanannya?

12)     Murid menghasilkan carta pengelasan mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.

Aktiviti 4 :  Tindakan (Penyiasatan Lanjut / Penilaian)

13)  Guru minta setiap wakil kumpulan membentangkan hasil kerja masing-masing.
14)  Murid mempamerkan carta pengelasan haiwan ikut kreativiti kumpulan masing-masing.
15)  Guru soal murid cara mereka mengelaskan haiwan-haiwan mereka tadi.
16)  Guru edar lembaran kerja kepada murid. Murid melengkapkan lembaran kerja yang diberikan.
17)  Guru semak secara rawak. Guna ms Word.
18)  Guru bimbing murid-murid untuk membuat rumusan  hasil daripada tugasan mereka.
19)  Murid membuat rumusan dengan bimbingan guru berpandukan hasil kerja mereka.

            Rumusan Murid :

            Ada haiwan makan tumbuhan sahaja.
            Ada haiwan makan haiwan sahaja.
            Ada haiwan makan tumbuhan dan haiwan.

Pentaksiran : 

(i)              Menamakan haiwan dengan jenis makanannya.
(ii)             Mengelaskan haiwan dengan jenis makanannya.

KPS :  Berkomunikasi, memerhati dan mengelas, membanding dan membeza.

Nilai dan sikap :   bekerjasama, dan mengagumi kepelbagaian haiwan ciptaan Tuhan.






















FASA
CADANGAN AKTIVITI
CADANGAN KOMUNIKASI
1.    Persediaan

           -Orientasi idea
             berasaskan
             pengetahuan sedia
             ada




KPS : Memerhati

1.1.1.- Menggunakan deria lihat.








Membuat pemerhatian tentang tiga jenis haiwan yang sedang makan.(kad gambar)

1. kucing
2. belalang
3. ular

Lampiran 1

-     Nyatakan apa yang anda boleh perhatikan pada ketiga-tiga jenis haiwan ini.


-      Apakah yang sedang dilakukan oleh haiwan-haiwan yang anda lihat ?

-     Apakah yang mereka makan?
-     Namakan makanan yang mereka makan itu.


2.     Imaginasi
             -Meneroka
             -Penstrukturan idea

KPS : memerhati, membuat inferens.

Kad gambar haiwan.



Guru mencungkil pengetahuan murid tentang haiwan dan jenis makanannya yang diberi secara lisan.


 

-  Guru sebut nama haiwan tertentu, murid nyatakan jenis makanan yang dimakannya.

-  Murid bersama murid lain sebut nama haiwan dan nyatakan jenis makanannya.


3.    Perkembangan

Mengelaskan haiwan mengikut jenis makanannya.


Penjelasan lanjut
Aplikasi idea

KPS : Memerhati, berkomunikasi, membuat inferens, mendefinisi secara operasi.

3.1.3.- Memberi pelbagai penerangan rasional tentang idea.

3.2.1.- Memberi alasan yang tepat untuk menerima  atau menolak idea.

Murid diagihkan dalam kumpulan .

Setiap kumpulan diberikan I set gambar haiwan .

Murid mengelaskan haiwan  
berdasarkan jenis makanannya.

Murid menghasilkan carta pengelasan mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.


 Lampiran 2

Kad tugasan
Kad Manila

- Adakah semua haiwan ynag diberikan makan jenis makanan yang sama?

-Nyatakan jenis makanan yang dimakan oleh haiwan tersebut. (kad tugasan)

- kelaskan haiwan mengikut jenis makanannya
  (kreativiti masing-masing)



4.    Tindakan

Penilaian

KPS : Berkomunikasi

4.1.2 – Menyusun idea secara tersusun dan mudah difahami.

4.2.1 – Peka kepada perkara sekeliling.

4.2.2 – Membuat pemerhatian untuk mengenalpasti masalah , kesilapan dan kelemahan.


Setiap kumpulan diminta mempamerkan hasil kerja masing-masing.


Guru bimbing murid-murid untuk membuat rumusan hasil daripada tugasan mereka.

Rumusan Murid :

Ada haiwan makan tumbuhan sahaja.
Ada haiwan makan haiwan sahaja.
Ada haiwan makan tumbuhan dan haiwan.



-  wakil setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka.

- guru menyoal murid tentang pendapat mereka mengenai haiwan dan jenis makanannya berdasarkan hasil kerja mereka.

- mempamerkan kad manila
  Hasil kerja mereka.


  Pentaksiran

Menamakan haiwan dengan jenis makanannya.
Memadankan haiwan dengan jenis makanannya.
Mengelaskan haiwan dengan jenis makanannya

KPS:
Berkomunikasi
Memerhati dan Mengelas
Membanding dan membeza

                                                                    

 Nilai dan Sikap


Bekerjasama dan mengagumi kepelbagaian haiwan ciptaan Tuhan.

                                                                                                                       















LAMPIRAN 1

Gambar Haiwan 1



Apakah nama haiwan in?



Apakah yang sedang dilakukan oleh haiwan di atas?



Apakah yang dimakan oleh haiwan ini?



Apa lagi yang ayam selalu makan?


Gambar Haiwan 2


Apakah nama haiwan in?



Apakah yang sedang dilakukan oleh haiwan di atas?



Apakah yang dimakan oleh haiwan ini?


Apa lagi yang haiwan ini selalu makan?





Gambar Haiwan 3



ular-makan-kanguru2



Apakah nama haiwan in?



Apakah yang sedang dilakukan oleh haiwan di atas?



Apakah yang dimakan oleh haiwan ini?



Apa lagi yang haiwan ini  selalu makan?




Lampiran 2


Kad Gambar Beberapa Contoh Haiwan

Kelaskan haiwan-haiwan ini mengikut jenis makanannya.
























               
                               












  

No comments:

Post a Comment