Monday, 12 December 2011

RANCANGAN PERSEDIAAN HARIAN

MATA PELAJARAN:BAHASA MELAYU
Kelas               :  Tahun Dua
Bil. Murid       :   15 orang
Masa                :   08.00 am – 09.00 am
Tema               :    Kebudayaan, Kesenian dan Estetika
Tajuk               :    Tarian Kebudayaan Di Malaysia
Standard
Pembelajaran   :    1.2.6 / 5.8
Objektif
Pembelajaran   :     Pada akhir pembelajaran ini, murid-murid dapat :
1.  Menyebut dengan betul ayat tunggal yang didengar.
2.  Menyebut dengan betul ayat majmuk yang didengar.
3. Membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dengan betul.
Aktiviti            :
   1.Memperdengarkan satu daripada muzik Tarian  Kebudayaan .
       2.Guru meminta murid menamakan jenis tarian yang diperdengarkan.
Contoh:      1.  Tarian Ngajat
                   2.   Tarian Naga
                   3.   Tarian Belangi
                   4.    Tarian Inang
                                           5.     Tarian Joget Melayu
          3.  Murid menamakan jenis-jenis tarian berpandukan                gambar tarian kebudayaan
       4. Guru memilih seorang murid secara rawak untuk mengklik pada gambar dan murid lain akan menyebut jenis tarian tersebut. 
                         
     5. Guru menyebut ayat tunggal berpandukan gambar dan  meminta  murid menyebut semula ayat yang disebut oleh guru.
                         Contoh :
1.  Ini Tarian Naga
2.  Ini Tarian Ngajat
3.  Ini Tarian Zapin
4.  Ini Tarian Belangi
5.  Ini Tarian Joget

5.Guru membina ayat majmuk daripada ayat tunggal menggunakan
            kata hubung “ dan” dan “tetapi”.
                                    Contoh :
1.   Rose suka Tarian Belangi tetapi tidak suka Tarian Naga.
2.    Ini Tarian Ngajat dan Tarian Zapin.

Aktiviti Literasi:

1.  Menyebut dan memahami frasa .

Contoh :
1.    Tarian Naga

EMK               :        Nilai Murni
-          hormat menghormati
-          harmoni

Keusahawanan
-  menjadi penari professional yang berpendapatan lumayan.

TMK
-    belajar melalui TMK.




           

Sunday, 11 December 2011

KERJA KUMPULAN TAHUN 3 BAHASA MELAYU

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer boleh menarik minat murid-murid menyiapkan tugasan yang guru sediakan.Apabila saya meminta murid-murid ini menyiapakn kerja dalam kumpulan,murid-murid yang cergas dapat membantu murid yang lemah.Saya mendapati murid yang malas menulis tetapi suka untuk menaip jawapan di dalam komputer.Kelemahan di sini,murid-murid berkongsi menggunakan komputer kerana bilangan komputer tidak mencukupi.Saya berharap agar dapat menyediakan komputer yang lebih banyak untuk kegunanan pelajar ini.

Saturday, 26 November 2011

Set Induksi pengajaran Bahasa Melayu Tajuk Kesenian

Refleksi.
Murid-murid seronok mendengar lagu ini dan mereka menyanyi dengan baik.Lagu ini adalah salah satu lagu seni tradisional rakyat Sarawak.Seni kata lagu ini menceritakan lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang yang masih meninggalkan kesan sejarah gunung Santubong dan Pulau Kera.Bahan ini juga dapat menerapkan nilai-nilai kesenian dalam diri pelajar dan dapat membentuk insan yang menghargai kesenian bangsa Malaysia. 

Friday, 25 November 2011

MINGGU TEMA TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN

1 & 2

SAINS HAYAT
1.0 BENDA HIDUP DAN BENDA BUKAN HIDUP

1.1 Memahami ciri benda hidup dan benda bukan hidup.

1.1.1 Mengenalpasti benda hidup dan benda bukan hidup.
1.1.2 Mengenalpasti ciri-ciri benda hidup iaitu perlukan air dan makanan, bernafas, bergerak, membesar dan membiak.
1.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan dan lisan.


Refleksi.
Murid-murid dapat menamakan lima benda hidup dan lima benda bukan hidup.Murid seronok apabila dapat memerhati benda hidup dan benda bukan hidup di sekeliling sekolah mereka.Murid-murid juga dapat menjelaskan pemerhatian tentang benda hidup melalui lakaran dan seronok melakukan aktiviti tersebut.

Monday, 17 October 2011

Makro Bahasa Malaysia: Tajuk:Kesenian



Refleksi
Murid-murid seronok menyelesaikan tugasan menaip pantun menggunakan komputer tetapi tidak semua murid dapat menggunakan komputer memandangkan sekolah ini tidak mempunyai makmal komputer dan kemudahan komputer juga terhad.Bilik yang digunakan untuk P&P ini juga tidak sesuai kerena murid-murid terpaksa duduk di lantai semasa menaip kerana di bilik tayang ini tidak di sediakan meja.Guru terpaksa menggunakan bilik tayang kerana hendak menggunakan LCD dan bilik lain tiada LCD.Objektif belum dapat dicapai dan pembelajaran di sambung ke hari berikutnya dan menggunakan bilik sumber supaya murid-muird dapat menaip dengan selesa.