Monday 17 October 2011

Makro Bahasa Malaysia: Tajuk:Kesenian



Refleksi
Murid-murid seronok menyelesaikan tugasan menaip pantun menggunakan komputer tetapi tidak semua murid dapat menggunakan komputer memandangkan sekolah ini tidak mempunyai makmal komputer dan kemudahan komputer juga terhad.Bilik yang digunakan untuk P&P ini juga tidak sesuai kerena murid-murid terpaksa duduk di lantai semasa menaip kerana di bilik tayang ini tidak di sediakan meja.Guru terpaksa menggunakan bilik tayang kerana hendak menggunakan LCD dan bilik lain tiada LCD.Objektif belum dapat dicapai dan pembelajaran di sambung ke hari berikutnya dan menggunakan bilik sumber supaya murid-muird dapat menaip dengan selesa.

Friday 14 October 2011

BAHASA MALAYSIA SIMPULAN BAHASA

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'A'
1. Abang Angkat
Maksud: Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya.
Contoh Ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah.

2. Abang Ipar
Maksud: Suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami.
Contoh Ayat: Hafiz ialah abang ipar Umar.

3. Abang Kandung
Maksud: Abang yang seibu sebapa.
Contoh Ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia.

4. Abu Angin
Maksud: Telah musnah sama sekali.
ContohAyat: Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu angin kerana diserang oleh tentera Tatar.

5. Abu Jahal
Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.
Contoh Ayat: Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan.

6. Abu Lahab
Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.
Refleksi.
Murid-murid dapat memahami maksud simpulan bahasa yang dapat membaca contoh ayat yang berkaitan dengan simpulan bahasa tersebut.Murid-murid boleh mencari simpulan bahasa yang lain dariapada sumber buku dan internet.Simpulan bahasa adalah kandunngan tatabahasa yang perlu didedahkan kepada murid-murid.Sememangnya agak sukar untuk murid-murid memahami maksud simpulan bahasa tetapi masalah ini dapat diselesaikan dengan banyak membaca dan membuat rujukan.Guru juga boleh menggunakan simpulan bahasa yang sesuai dengan situasi pengajaran di bilik darjah.

Friday 7 October 2011

Mari Berpantun

Contoh Pantun 1:
                  Pisang emas dibawa belayar,
                  Masak sebiji diatas peti,
                  Hutang emas boleh dibayar,
                  Hutang budi dibawa mati.

Contoh Pantun 2
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Kami murid baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Refleksi.
Murid-murid dapat menghasilkan serangkap pantun nasihat berdasarkan contoh yang guru sediakan.Murid-murid seronok apabila dapat menghasilkan serangkap pantun.Saya berpuas hati mereka dalam pengajaran pantun ini saya dapat menerapakn nilai-nilai murni dalam diri pelajar.Dengan adanya unsur didik hibur murid-muird akan lebih seronok dan tidak bosan mengikuti pengajaran pada hari tersebut.