Monday 12 December 2011

RANCANGAN MENGAJAR BAHASA MELAYU TAHUN 1

Kelas : Satu Rafflesia
Tema : Perpaduan
Tajuk : Semangat Muhibah

Standard Kandungan

1.6 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila.

4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.

Standard Pembelajaran

1.6.3 Berbicara untuk menyampaikan maklumat dengan tepat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan perkataan yang sesuai secara bertatasusila.

4.1.2 Menyebut dengan jelas dan memahami seni kata lagu melalui persembahan nyanyian secara didik hibur.

Objektif Pembelajaran

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1 Berbicara untuk menyampaikan maklumat dengan tepat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan perkataan yang sesuai secara bertatasusila.

2 Menyebut dengan jelas dan memahami seni kata lagu melalui persembahan nyanyian secara didik hibur.

Media Pembelajaran (ABM, BBM, BBB)

1 Bahan Maujud dan gambar melalui paparan komputer; baju Melayu,baju sari

2 Gambar  melalui paparan komputer; bendera Malaysia, gambar gotong-royong.

Pengetahuan Sedia Ada: Pernah mendengar lagu “Rasa Sayang” dan pantun nasihat.

Nilai Murni: Kasih Sayang, Berhemah dan Berbudi.


FASA PERSEDIAAN
1.2.2 - Mengasingkan maklumat berdasarkan kriteria tertentu.
1.2.3 - Mengumpulkan maklumat berdasarkan kriteria tertentu.

AKTIVITI
Set Induksi

1 Murid dipertontonkan dengan empat gambar di skrin komputer untuk mendapatkan idea atau maklumat lisan daripada murid-murid.

2 Murid menjawab beberapa soalan guru tentang bahan rangsangan tersebut.

a). Namakan gambar yang kamu lihat?
b). Di manakah benda ini dijual?
c). Pernahkah kamu pergi ke tempat ini?

3 Guru menyenarai jawaban murid tentang nama gambar yang dipertontonkan dan meminta murid mengeja nama gambar tersebut.


FASA IMAGINASI

2.1.1 - Menghasilkan idea-idea baharu yang banyak (yang mungkin benar atau tidak pasti tetapi lojik.

2.1.4 - Mencari hubung kait, hubung jalin atau corak berdasarkan maklumat yang ada.

Langkah 1

1 Murid-murid lain dikehendaki memberi idea atau pendapat tentang mana-mana gambar yang ditunjukkan.

2 Beberapa orang murid diminta menceritakan perkara berkaitan gambar dalam bentuk ayat tunggal.

a). Apakah yang kamu tahu tentang baju Melayu?
b)Apakah yang kamu tahu tentang baju sari?
c). Apakah yang kamu tentang bendera pada gambar?

3 Membina asas kepada pengalaman (bagi murid yang tiada pengalaman) untuk membantu dalam proses perkongsian dan berkomunakasi.

a). Apakah yang kamu pernah lakukan kepada jiran kamu?


FASA PERKEMBANGAN

3.1.3 - Memberi pelbagai penerangan rasional tentang idea.

Langkah 2

1 Murid-murid akan melakukan aktiviti secara berkumpulan. Mereka dibahagikan kepada empat kumpulan.

2 Guru memperdengarkan lagu pantun empat kerat. Murid mengecam perkataan dalam lagu yang dinyanyikan dan menulis perkataan tersebut dengan ejaan yang betul.

Latihan Pengukuhan / Peneguhan;

c). Murid akan melengkapkan pantun yang dipaparkan pada skrin komputer secara individu dan secara didik hibur.

Langkah 3

1 Murid-murid melengkapkan pantun dengan pilihan jawapan yang disediakan pada lembaran kerja.

2 Guru mengedarkan lembaran kerja kepada semua murid.

3 Guru meminta ketua setiap kumpulan murid membacakan jawaban latihan yang diberi. Guru membimbing jika berlaku kesalahan menentukan jawapan oleh kumpulan.


FASA TINDAKAN

4.2.3 - Mempraktikkan proses kreatif untuk menghasilkan idea baharu secara berterusan.

Langkah 4

1 Guru membuat undian lagu “Rasa Sayang” yang akan dipersembahkan oleh keempat- empat kumpulan murid tersebut.

2 Guru memberi masa 10 minit untuk setiap kumpulan merancang persembahan kreatif mereka untuk memburu gelaran johan.

3 Setiap kumpulan murid mempersembahkan nyanyian lagu “Rasa Sayang” dengan gaya (gerak badan) dan retak tersendiri.

4 Murid boeh menggunakan kostium dan alat bantu tertentu semasa mereka membuat persembahan nyayian tersebut. Guru dan murid-murid sendiri yang akan mengadili pertandingan nyanyian tersebut. Kumpulan akan diadili dari segi suara, gaya, bakat, dan penampilan setiap anggota kumpulan.

Penutup

1 Murid membuat rekfleksi perkara yang telah mereka pelajari pada hari ini dan guru mengaitkan dengan nilai murni.

2 Guru memberi pujian dan penghargaan kepada semua murid.

No comments:

Post a Comment